MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

MALAYSIA BOLEH !!!!!

Tuesday, 22 November 2011

Penjaring Gol Untuk Malaysia

Malaysia benam Indonesia
Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi. 

Maklumat peribadi

Nama penuh: 李宗伟
Tarikh lahir :21 Oktober 1982
Tempat lahir :Pulau Pinang, Malaysia
Tinggi :1.74 m (5 ft 8+1⁄2 in)
Berat :60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
Negara Malaysia
Tangan kegemaran: Kanan
Jurulatih :Misbun Sidek

Ranking tertinggi :1 (24 Ogos 2006)
Ranking terkini: 1
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Malaysia
Badminton - lelaki
Perak Beijing 2008 Perseorangan

Datuk Lee Chong Wei

Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).
Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; pinyin: Lǐ zōng wěi lahir pada 21 Oktober 1982) seorang pemain badminton professional dari Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik 2008, mengakhiri kemarau pingat kontinjen Malaysia di Olimpik sejak 1996, dan Najib Tun Razak menganggap beliau sebagai hero nasional melalui kejayaan beliau dalam temasya itu

Kerjaya Badminton
Chong Wei telah bermain badminton di Sukan Olimpik 2004 bagi perseorangan lelaki dengan menewaskan Ng Wei dari Hong Kong pada pusingan pertama. Pada pusingan kedua, Chong tewas kepada pemain dari Republik Rakyat China, Chen Hong. Lee Chong Wei tidak pernah tewas dalam Terbuka Malaysia untuk 3 tahun berturut-turut dimenanginya. Pada tahun 2005, buat pertama kalinya Lee bermain dalam kejohanan bertaraf 5 bintang iaitu Terbuka Danish. Beliau berjaya menjuarai terbuka Malaysia dan memungut pingat gangsa dalam kejohanan dunia. Kemuncak kariernya ialah pada tahun 2006 dimana ketika beliau berjaya merangkul gelaran ranking nombor satu dunia. Pesaing utama Lee Chong Wei ialah Lin Dan, Taufik Hidayat, Bao Chunlai, Sony Dwi Kuncoro dan Peter Gade.

Monday, 21 November 2011

Beckam Bermain dengan cemerlang

Beckham bantu Galaxy julang Piala MLS


David Beckham menjulang Piala MLS selepas pasukannya LA Galaxy menewaskan Houston Dynamo 1-0 di California, kelmarin. - REUTERS


LOS ANGELES - David Beckham membantu menerajui LA Galaxy meraih Piala MLS, kelmarin.
Selepas wisel terakhir dibunyikan bagi kemenangan 1-0 ke atas Houston Dynamo, kontrak lumayan lima tahun Beckham dengan Galax akhirnya berkesudahan dengan kejayaan.
"Lima tahun yang menakjubkan. Inilah satu tahun yang istimewa dan saya begitu gembira dapat menjadi sebahagiannya," kata Beckham.
Beckham memainkan peranan besar dalam kemenangan itu biarpun berjuang dengan kecederaan urat pelipat lutut.
Dia juga mencetuskan gol tunggal perlawanan itu dan menunjukkan komitmen sebenar buat pasukannya ketika ramai mempersoalkannya sejak kali pertama tiba di LA pada 2007.
Warga Britain itu dikecam kerana memilih untuk mengambil perpindahan pinjaman ke AC Milan di Itali ketika luar musim, selain kegagalannya menunaikan janji kejuaraan dan meningkatkan profil bola sepak di Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, cakap-cakap itu dilenyapkan apabila Beckham yang tersenyum meraikan mahkota MLS di depan peminat Galaxy yang menyanjungi mereka di Home Depot Center. - Reuters

Memori Indah

MEMORI INDAH
Hari ini ialah hari yang amat menyedihkan saya kerana saya akan berpisah dengan guru-guru yang tersayang.Saya sangat sedih kerana saya akan meniggalkan sekolah yang saya sayangkan.Saya akan belajar bersungguh sungguh untuk memebalas jasa guru-guru dan ibu bapa yang sanggup mengorbangkan masa untuk saya dan mengajar saya sehingga pandai.Saya akan menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran yang saya tempuhi pada tahun hadapan.Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya saya dapat belajar ke luar negara.Saya akan berdoa kepada  semua guru-guru yang berada di SK FELDA CERUL supaya dipangjangkan umur dan murah rezeki.
images.jpgimages.jpg

Rooney tidak kisah asal bukan bek kanan

Pemain Swansea, Michel Vorm (kiri) berlaga Wayne Rooney dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, kelmarin. Rooney mungkin diberi lagi peranan di tengah pada perlawanan selepas ini. - REUTERS


MANCHESTER - Wayne Rooney menegaskan, dia berasa gembira untuk beraksi di sebarang posisi untuk Manchester United selagi bukan bek kanan.
United akan melayan kunjungan Benfica dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara di Old Trafford hari ini.
Penyerang berbisa itu dijangka sekali lagi diberi kepercayaan oleh pengurusnya, Alex Ferguson untuk mengemudi jentera tengah, seperti mana yang dilakukannya untuk beberapa perlawanan sebelum ini.
"Saya sukakannya. Saya tidak kisah di mana saya beraksi. Selagi saya berada di atas padang, saya gembira untuk diturunkan di mana-mana.
"Mungkin bukan bek kanan, tidak. Namun, sebagai pemain tengah, kamu berperanan untuk memegang bola dan mempengaruhi perlawanan tersebut,'' katanya.
Walaupun telah menjaringkan dua gol dalam aksi Eropah, Rooney sudah tidak menghasilkan gol di Liga Perdana sejak dua bulan lalu.
Namun, dia sedikit pun tidak runsing dengan kemarau jaringan yang melandanya.
"Perkara penting ialah kami sebagai satu pasukan bekerja keras, menang dan tewas bersama-sama.
"Saya tidak kisah jika saya tidak menjaringkan gol selagi kami menang perlawanan itu," ujarnya. - AGENSI


         Sumber:Utusan Malaysia

Syabas Malaysia!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. – Bernama


JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!
Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan.




KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI 2011 menewaskan Indonesia, semalam.
Najib menerusi laman Twitternya mengucapkan syabas kepada pasukan negara kerana berjaya menewaskan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan yang mendebarkan.
"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," katanya.
Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.

'Amukan' basikal hasil 4 emas


Fatehah Mustapha meluru dari belakang untuk memintas pelumba Filipina, Apryl Epperinger bagi memenangi emas acara pecut wanita akhir, Jakarta, semalam.


JAKARTA - Pelumba negara 'mengamuk' pada hari terakhir acara basikal trek di Velodrom Rawamangun di sini, apabila menghasilkan empat pingat emas, semalam.
Watak utama di sebalik kejayaan besar skuad basikal negara diterajui ratu pecut wanita Fatehah Mustapa yang memenangi dua pingat emas, masing-masing dalam acara pecut individu dan berpasukan bersama Ju Pha Som Net.
Ia merupakan pingat emas ketiga Fatehah setelah juga memenangi pingat emas dalam acara 500 meter ujian masa individu wanita pada hari pertama saingan.
Dua lagi pingat emas semalam diraih Idros Yunos dalam acara pecut individu lelaki manakala Muhamad Hafiz Mohd. Sufian memenangi Omnium.
Selain kilauan emas, pingat perak berjaya diraih oleh Mohd. Fattah Amri Zaid (pecut individu lelaki) dan Muhamad Adiq Husainie Othman dalam acara 30 kilometer perlumbaan mata.
Pingat emas acara tersebut dimenangi pelumba Filipina, Renee Mier Lohn.
Dua emas yang dimenangi Fatehah semalam berakhir dengan pelumba itu rebah, sebaik acara melepasi garisan penamat dalam acara pecut berpasukan.
Menurut Fatehah dia terjatuh kerana amat keletihan.
"Sebelum acara ini bermula lagi saya memang berasa tidak sihat.
"Namun kerana mahu memberikan pingat emas kepada negara, saya cuba memberikan yang terbaik dan saya amat gembira kerana akhirnya berjaya mencapai apa yang saya impikan walaupun dalam keadaan terlalu penat," kata Fatehah.
Sementara itu, Muhamad Hafiz yang memenangi acara Omnium berkata, kejayaan membawa pulang emas mungkin rezeki untuk isteri dan bakal anak sulungnya.
"Ia pingat emas yang mengejutkan kerana ini adalah aksi pertama saya dalam acara Omnium. Sebelum ini saya hanya menyertai acara pecut, 1 kilometer dan keirin.
"Pingat emas ini mungkin hadiah buat anak sulung saya yang dijangka lahir pada Januari ini," katanya.
Skuad basikal trek negara menamatkan saingan dengan tujuh pingat emas keseluruhan. 

                                                                       Sumber:Utusan Malaysia